Elaun tetap yang diambil kira adalah:
i. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW)
ii. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan
iii. Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Khas (ITJU)
Kelayakan adalah tertakluk kepada:
i. Anggaran Bayaran Balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan
elaun tetap dan
ii. Anggaran baki pendapatan tidak kurang daripada RM200 mengambil kira
potongan bulanan yang tertera pada slip gaji.
Nota: Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Ucapan Bajet 2017, kelayakan
pembiayaan perumahan sektor awam adalah mengambil kira gaji pokok dan elaun
tetap seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas. Jadual ini berkuatkuasa mulai
1 Januari 2017. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan
LPPSA di talian 03-88801600 atau melalui portal aduan/pertanyaan rasmi LPPSA di
www.lppsa.gov.my.
No comments:
Post a Comment